Sunday, February 7, 2010

Kerajaan Negeri Kedah melancar Skim kafalah dengan rasminya

Hari ini Kedah melakar satu lagi sejarah apabila Kerajaan Negeri melancar skim kafalah dengan rasmi berkuatkuasa 1 jan 2010 oleh YAB Menteri Besar Kedah.








Skim kafalah yang disebut khusus dalam dewan undangan negeri yang lalu adalah idea yang disebut didalam manifesto Pas dalam pilihanraya umum 2008.


Sumbangan kafalah akan diberikan kepada keluarga yang miskin dan miskin tegar sebanyak RM 500 apabila berlaku kematian kepada mana-mana ahli dalam keluarga tersebut tanpa mengira had umur,bangsa dan ugama.




Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak 3.6 juta untuk skim ini semata-mata untuk meringankan beban keluarga yang menimpa musibah kematian.
Continue reading...

Wednesday, January 20, 2010

Peluang pekerjaan di KEDAH


Continue reading...

Tuesday, January 19, 2010

ANTARA KEDAH MAJU 2010, KEDAH GEMILANG DAN KEDAH SEJAHTERA

oleh Panglima Nayan

Sudah enam puluh tahun aku dilahirkan di Kedah. Sudah enam puluh tahun aku melihat Kedah merayap untuk menyaingi negeri-negeri lain dari segi kemajuan dan pembangunan. Timbullah slogan "Kedah Maju 2010". Untuk menampakkan 'maju' itu, diistiharkan Alor Setar sebagai bandar raya walhal hakikatnya Alor Setar itu tidak lebih dari sebuah pekan. Aku dan seluruh rakyat Kedah telah dipermainkan.

Belum sempat tahun 2010, pimpinan bertukar ganti. Ditukar juga slogan. Slogan baru "Kedah Gemilang". Berjuta wang rakyat tiris. Bangunan-bangunan yang tak patut didirikan, wujud tersergam menjadi gajah putih. Hutan-hutan diteroka tanpa budi bicara. Kroni saban bulan tukar kereta dan rakyat terus menderita.

Kemudian pemimpin berganti lagi. Tapi kali ini dari kumpulan lain dan membawa slogan 'Kedah Sejahtera'. Apa yang aku lihat terdapat kelainan dalam makna slogan kali ini. Slogan yang dulu-dulu memfokus pada pembangunan material dan tidak nampak langsung penekanan ke arah mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat.

Kenapa aku berkata begitu? Bagaimana kah Kedah akan maju 2010 atau Kedah akan menjadi gemilang seandainya rakyat masih merempat? Mungkin segelintir rakyat akan mendapat ganjarannya tetapi majoritinya tetap miskin. Di manakah akan datang kemajuan itu atau kegemilangan itu?

Tetapi dalam slogan 'Kedah Sejahtera' terdapat kelainan yang amat besar ertinya. Kedah tidak perlu 'maju' atau 'gemilang' untuk membolehkan rakyat hidup sejahtera. Dan perkataan 'sejahtera' ini hidup dalam konteks pentadbiran hari ini. Aku dapat lihat kesungguhan kerajaan 'mensejahterakan' rakyatnya menerusi berbagai-bagai program. Yang aku paling kagum ialah program menjadikan Kedah sebagai 'Belanda Malaysia' dengan menjadikan pertanian sebagai "core" aktiviti.

Dengan memfokuskan pada pertanian, Kedah tidak perlu bergantung sepenuhnya pada modal asing yang akan menjadikan Kedah sebagai negeri "sub-assembly" di mana kita hanya memasang. Kita tidak ada "finish product" kita sendiri. Keadaan ini amat tidak menentu dan genting kerana kita tidak mampu mengawal pasaran yang kita bukan "main player" nya.

Untuk pertanian, Kedah sudah ada modal yang besar ia itu tanah. Kerajaan hanya perlu mendidik rakyat supaya melihat pertanian sebagai satu industri. Membantu rakyat memperkemas dan mempermodenkan sistem pengeluaran dan membantu dalam pemasaran.

Dari risik-risik yang aku buat, dari risalah-risalah kerajaan yang aku baca dan lawatan-lawatan yang aku buat ke kawasan-kawasan pertanian, aku dapati kerajaan Kedah ini telah melangkah jauh ke depan. GLC-GLC pertanian Kedah telah diberi tugas memajukan sektor pertanian. Aku juga difahamkan Kedah telah pun mendapat pesanan produk-produk pertanian dari beberapa negara luar dengan banyak sekali.

Aku yakin dengan kegiatan-kegiatan yang sedang dijalankan ini akan mampu menjadikan 'Kedah Sejahtera'. Cuma 'result' kepada aktiviti ini tidak mungkin dapat dilihat dalam masa satu tahun.

Syabas aku ucapkan pada Kerajaan Negeri Kedah.
Continue reading...

Monday, January 18, 2010

Sultan Kedah puji pentadbiran kerajaan negeri



ALOR SETAR- Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dipuji oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada titah ucapan baginda sempena menyambut Hari Keputeraan ke-82 di Istana Anak Bukit, semalam.

Baginda bertitah, corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendukung tinggi prinsip keadilan tanpa mengira kaum dan agama itu amatlah dipuji dan rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan taraf hidup rakyat ditingkatkan tanpa ada sebarang ancaman atau gangguan terhadap keselamatan.

Baginda bertitah, kemudahan asas seperti prasarana, kemudahan kesihatan dan pelajaran telah disediakan di semua kawasan penempatan yang utama dan golongan yang kurang bernasib baik turut diberikan bantuan kewangan bagi meringankan perbelanjaan sara hidup.

“Skim Kifalah yang dilancarkan yang pada tahun ini dengan memberi bantuan sejumlah RM500 kepada kepada keluarga termiskin yang meninggal dunia akan dapat membantu meringankan beban bagi membiayai kos pengurusan jenazah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda.

Baginda bertitah, pembinaan rumah kategori rumah mampu milik yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada semua pihak untuk memiliki rumah yang sempurna dan mengurangkan rakyat mendiami kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan asas.

Baginda bertitah, Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberi peruntukan dan melaksanakan Projek Tebatan Banjir yang mampu mengurangkan ancaman banjir dengan segera demi faedah dan kesejahteraan rakyat.

Di akhir titah ucapan, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Pasukan Keselamatan yang berusaha gigih bagi memastikan keamanan negeri sentiasa terpelihara.

Pada majlis itu baginda turut menyampaikan anugerah darjah dan bintang kebesaran Kedah kepada 72 penerima termasuk mengurniakan Jaksa Pendamai (JP) kepada Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Penganugerahan darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) turut diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang membawa gelaran Datuk Seri dan SM Faizal Tan Sri SM Nasimuddin turut dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.
Continue reading...

Download rakaman Forum Jelas Isu Kalimah Allah




Download Rakaman : Forum Jelas Isu Kalimah Allah


Rakaman ini juga boleh didapati di web PMIUTMEDIA
Continue reading...

Wednesday, January 13, 2010

Forum Jelas Isu Kalimah Allah


Continue reading...

Monday, January 11, 2010

Berdakwah kepada bukan Islam : Kemahuan atau Kewajipan?

Sering kali kita dilontarkan dengan persoalan dakwah. Namun sedar atau tidak sedar kebanyakkan aspek dakwah yang sering dilontarkan semuanya berkisarkan persoalan dakwah kepada sesama individu muslim. Persoalan dakwah kepada non-muslim kurang untuk kita bincangkan sama ada dalam perbincangan santai atau beragenda. Kenapa perkara ini berlaku. Adakah persoalan ilmu dijadikan alas an untuk tidak kita bincangkan soal dakwah kepada non-muslim atau ia berkaitan dengan layakkah kita untuk berdakwah kepada golongan ini. Penulis melahirkan rasa kagum terhadap usaha murni Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK) dalam menerajui dakwah kepada non-muslim namun penulis melihat bahawa dakwah kepada golongan ini tidak harus dibebankan kepada bahu JKSK sahaja tetapi peranan harus dimainkan semua pihak agar dakwah yang disampaikan dapat dijalankan secara bersepadu dan menyeluruh.

Realiti medan dakwah non-musli hari ini.




Masyarakat bukan Islam hari ini dilihat semakin terasing dalam medan dakwah kita. Walaupun telah tinggal bersama dengan masyarakat Islam. Peningkatan bilangan mereka yang memeluk Islam tidaklah begitu memberansangkan. Islam yang syumul dan sempurna tidak menjadi faktor penarik kepada mereka untuk mendekatinya. Situasi yang sama juga berlaku di perkampungan-perkampungan orang asli di mana agama Kristian lebih diterima dan mudah disebarkan berbanding dengan agama Islam.

Kewujudan beberapa institusi yang dibiayai oleh pihak kerajaan mahupun swasta tidak menampakkan kesan yang membanggakan di mana usaha-usaha untuk menarik golongan bukan Islam seoalah-olah tidak mendatangkan hasil. Dimanakah silapnya. Adakah method dakwah kita. Seandainya diukur dengan perjuangan Rasulullah SAW selama 23 tahun merubah masyarakat arab jahiliyyah kepada umat yang kuat dan bertamadun, maka masa 50 tahun negara mencapai kemerdekaan dilihat terkebelakang dari sudut usaha menyebarkan Islam.

Apakah faktor yang menyebabkan kelesuan dakwah ini? Ia boleh dibahagikan kepada beberapa faktor seperti berikut :
1. Kelemahan para pendakwah di dalam meperkenalkan Islam
2. Persepsi negatif terhadap Islam yang tercermin dari penganut-penganutnya
3. Kesedaran yang rendah di kalangan umat Islam terhadap kewajipan berdakwah DAN
4. Usaha pihak kerajaan yang dilihat tidak begitu serius untuk menarik masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Kelemahan-kelemahan seperti ini perlulah di atasi segera di dalam rangka gerak kerja menarik golongan bukan Islam untuk mendekati Islam. Para pendakwah perlulah segera bertindak memperbaharui tekad dan juga strategi di dalam memasarkan Islam ke tengah masyarakat.

Faktor Penambahbaikkan.


Penulis melihat terdapat dua faktor utama yang dapat penulis cadangkan untuk kita memeperkasakan institusi dakwah kepada masyarakat bukan Islam ketika ini. Dua faktor tersebuat adalah:

1. Faktor pendakwah

2. Faktor kerajaan atau pihak berwajib.

1. Faktor Pendakwah
Setiap umat Islam perlus sedar akan peranan mereka sebagai ejen pemasaran Islam. Perkara ini tidak dapat kita nafikan lagi. Masyarakat bukan Islam akan meneropong golongan ustaz,tok imam,tok guru dan sebagainya ini sebagaui cerminan terhadap umat Islam secara zahirnya. Maka dengan itu, faktor pendakwah merupakan faktor yang penting dalam usaha memeperkasakan dakwah kepada masyarakat bukan Islam. Yang pertamanya adalah akhlak. Akhlak walaupun ia merupakan cerminan peribadi seseorang individu tetapi ia mempunyai aura yang kuat untuk orang lain menkaitkan dengan sesuatu yang lebih besar seperti bangsa dan agama. Akhlak yang baik harus ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka yakin bahawa ajaran Islam ini merupakan ajaran agama kebaikan. Keluhuran budi, keindahan bahasa, kelembutan ketika berkata-kata, ketegasan prinsip agama penting dalam masyarakat bukan Islam menilai tentang peribadi sesorang muslim.Nabi s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.(riwayat Imam Malik)

“Barang yang paling berat di dalam timbangan pada hari kiamat ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik”.(riwayat Imam Ahmad)

Selain daripada aspek kesantunan akhlak. Perlu diberi perhatian juga adalah bagaimana kaedah untuk menarik minat masyarakat bukan Islam kepada Islam. Seorang pendakwah yang ingin berdakwah kepada golongan ini tidak harus duduk memberi ceramah,tazkirah dan sebgainya sahaja untuk meminta mereka ini mendekati Islam tetapi aspek kerukunan tetanggan juga perlu lebih diutamakan. Menziarahi mereka ketika sakit, bertanya khabar, mengajak mereka bersama masyarakat Islam melakukan aktiviti social seperti gotong-royong adalah antara perkara yang boleh diaplikasikan.

2. Faktor kerajaan dan pihak berwajib
Kerajaan dan pihak berwajib seperti NGO,persatuan dan badan swasta harus juga memainkan peranan yang besar dalam hasrat untuk berdakwah kepada bukan Islam. Kerajaan perlu menyediakan bantuan yang secukupnya kepada mualaf supaya kebajikan mereka terjaga. Perlindungan juga harus turut sama diberikan kerana cabaran utama bagi mualaf ini adlah keluarga mereka sendiri yang menentang pengislaman mereka. Kerajaan melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) perlu membela nasib mereka ini supaya tidak ada anasir luar yang cuba menganggu akidah mereka.

Selain itu, dalam aspek memperkasakan gerakan dakwah, kerajaan haruslah menyokong dari sudut kerjasama,moral mahupun dana. Kita tidak mahu mendengar gerakan-gerakan dakwah di haling menjalankan dakwah oleh kerajaan atas alasan menganggu ketenteraman awam walaupun pada hakikatnya tidak. Kerajaan harus seiring dnegan gerakan dakwah dalam usaha memajukan gerakan dakwah. Dakwah secar menyeluruh kepada masyarakat bukan Islam. Daripada kaedah berjumpa sehinggalah kepada mengunakan kaedah maya untuk berdakwah. Semua ini memerlukan kemahiran dan tunjuk ajar sebelum melakukan. Maka, kerajaan harus menyediakan ruang untuk generasi pendakwah muda untuk belajar tentang perkara tersebut dan bukanlah membazirkan wang rakyat untuk urusan lain.

Penutup

Urusan dakwah adalah penting. Tanpa urusan dakwah, agama Islam tidak dapat disebar luaskan. Bagi UTM, urusan dakwah kepada bukan Islam tidak hanya disandarkan kepada JKSK semata-mata sebaliknya urusan ini harus sama-sama didokong oleh persatuan lain seperti PMIUTM,Kelab Iqra’,LTKS,KRU, kerohanian kolej dan pihak pentadbiran UTM sendiri. Tunjukkan bahawa Islam ini agama yang sempurna dalam semua aspek kehidupan. Ayuhlah kita memainkan peranan yang penting dalam perkara ini agar dapat kita melihat lebih ramai masyarakat Islam dapat dilahirkan dna bukan sahaj kita mahu masyarakat Islam dilahirkan tetapi kita mahu kuliti seorang muslim dijana melaui dakwah yang berkesan dan bersepadu

*Penulis merupakan Exco Perhubungan dan Pengantarabangsaan PERSADA dan Ketua Penerangn PMIUTM
Continue reading...